Wednesday, April 9, 2008

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula.

1. Menentukan projek berpandukan kad kerja
- kad kerja ialah bahan rujukan yang mengandungi maklumat dan arahan
kerja untuk membina sesuatu projek.
- Antara maklumat yang terdapat dalam kad kerja ialah nama projek, lukisan projek,
bahan dan alatan tangan, langkah-langkah kerja, dan langkah keselamatan.

2. Membaca lukisan projek
- Lukisan projek adalah lukisan yang dilukis sebagai panduan untuk membuat sesuatu projek.

3. Mengenal pasti alatan tangan
- kenal pasti alatan tangan yang sesuai untuk digunapakai dalam pembinaan projek.

4. Menentukan jenis bahan dan kuantiti
- Tentukan bahan yang hendak digunakan supaya elak dari pembaziran.
- Gunakan bahan kitar semula seperti tayar, perabot lama, plastik, tiub tayar dan sebagainya.

5. Mengukur, menanda dan memotong bahan projek
- Bahan harus diukur, ditanda dan dipotong mengikut saiz
- Gunakan alatan tangan yang sesuai ketika proses ini, contohnya sesiku L, pembaris keluli,
pisau penanda, gergaji tangan dan sebagainya.

6. Memasang komponen projek
- Bahan yang dipotong harus dicantumkan dengan menggunakan cara yang sesuai.
- Pencantuman boleh dilakukan mengunakan pengikat seperti paku, skru, jahit atau gam.

7. Membuat kemasan
- kemasan adalah proses terakhir dalam pembinaan bagi mencantik dan menghias projek.
- tujuan kemasan adalah
i) mencantikkan projek
ii) menutup kecacatan
iii) supaya projek boleh tahan lama
- Bahan yang digunakan contohnya seperti, kertas warna, cat, foil almunium, kertas bercorak
dan sebagainya.